TODAY A READER, TOMORROW A LEADER.SEKALI KU DAH MENCINTAI PUTERIKU SAMPAI KE HAYATKU KU AKAN MENCINTAI DAN MENYAYANGINYA. SEKALI KU DAH MELANGKAH KU TAK AKAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI.

Friday, December 25, 2009

HADIS : TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT


عن ابى هريرة رضى الله عنه قال : قال النبى صلى الله عليه وسلم،

لا تقوم السا عة حتى يقبض العلم، وتكثرالزلا زل، ويتقا رب الزمان،

وتظهر الفتن، ويكثر الهرج وهو القتل، حتى يكثر فيكم المال فيفيض.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w “ Tidak akan berlakunya hari Kiamat sehingga diambilnya(diangkat) ilmu, dan banyak berlakunya gempa bumi dan hampirlah masa kemasa dan lahirlah berbagai-bagai fitnah dan banyak berlaku pembunuhan sehingga menjadi banyak harta kamu sampai melimpah ruah”.

Keterangan Hadis:

Junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w telah bersabda sebagai memberi peringatan kepada umatnya bahawa apabila hampir berlakunya hari Kiamat akan berlaku beberapa perkara seperti berikut:

1. Allah Taala akan menarik balik segala ilmu agama dengan cara mematikan para alim ulamak, dan tidak ada yang menggantikannya, maka akan berlakulah ramai orang yang jahil, kemudian diangkatnya mereka itu menjadi pemimpin di dalam urusan agama, di tatkala itu akan terjadinya fatwa yang menyesatkan.

2. Akan sering berlakunya gempa bumi dimerata-rata tempat sehingga meruntuh bangunan-bangunan disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh anak Adam sepertimana Allah turunkan bala kepada kaum yang terdahulu seperti kaum ‘Ad dan kaum Tsamut (ditelan bumi) atas sebab kemaksiatan yang mereka lakukan.

3. Masa dirasakan menjadi terlalu hampir seperti tersebut di hadis yang lain yang Nabi bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berlakunya hari Kiamat sehingga hamapirlah masa ke masa maka jadilah setahun itu seperti sebulan dan sebulan seperti sehari dan sehari seperti satu saat dan satu saat seperti kayu kering yang disambar api.

4. Akan lahirlah berbagai-bagai fitnah-memfitnah sesama sendiri seperti tipu-menipu, kecurian, berzina, mendedah aurat, lepak, rock, bohsia, bohjan, dan berbagai-bagai lagi maksiat yang dilakukan oleh manusia zaman sekarang yang mana boleh mengundang bala dari Allah s.w.t.

5. Banyak berlakunya pertumpahan darah dan pembunuhan kerana merebut harta dan kekayaan dunia semata-mata. Tanpa mengira halal dan haramdan sebagainya.

Rujukan kitabمحتصر ابن أبى جمرة للبحري :

No comments:

Post a Comment