TODAY A READER, TOMORROW A LEADER.SEKALI KU DAH MENCINTAI PUTERIKU SAMPAI KE HAYATKU KU AKAN MENCINTAI DAN MENYAYANGINYA. SEKALI KU DAH MELANGKAH KU TAK AKAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI.

Monday, December 28, 2009

SOLAT PERANG


Cara-cara sembahyang khauf amat banyak tetapi Imam Shafie membahagikan sembahyang khauf kepada empat cara. Dalil yang menunjukkan sembahyang khauf itu disyariatkan ialah seperti firman Allah dalam Surah An Nisa’ ayat 102 yang bermaksud :

“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi Imam) mereka, maka hendaklah sekumpulan dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-sama, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing…………………”.

Apabila didapati musuh tidak berada disebelah arah Qiblat dan di sana ada dinding (kubu) dan tentera Islam lebih ramai daripada musuh (tanggapan). Maka untuk mendirikan sembahyang jamaah boleh dibuat dengan cara seperti berikut:

1. Cara berjamaah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di sebuah tempat bernama ZATUR RIQA’ yang diceritakan oleh Buhkari dan Muslim.

2. Dibahagi kepada dua platun (kumpulan) yang sama banyak.

3. Tentukan tempat-tempat kawalan di sekitar tempat untuk berjamaah (jarak antara 20 - 30 meter).

4. Tentukan giliran platun untuk kawalan.

5. Platun satu akan berjamaah bersama imam pada rakaat pertama.

6. Bila imam masuk pada rakaat kedua di dalam keadaan qiam, semua makmum platun satu hendaklah niat mufaraqah (niat tidak mengikut imam dan selepas itu hendaklah mereka masing-masing menyempurnakan sembahyangnya disudahi dengan salam.

7. Selepas memberi salam (platun satu) terus pergi ke tempat kawalan platun dua dengan seberapa segera. Selepas itu platun dua pula akan tampil berjamaah dengan imam pada rakaat ke dua, dimana imam sedang menunggu mereka pada rakaat ke dua.

8. Pada rakaat ke dua imam hendakklah memanjangkan qiam (berdiri) dengan membaca surah yang panjang hingga dapat semua makmum platun dua menyempurnakan bacaan fatihah.

9. Apabila mereka selesai membaca fatihah , imam rukuk diikuti oleh semua makmum platun dua dan seterusnya meneruskan rukun-rukun yang lain.

10. Semasa imam membaca tahiyyat akhir (Solat Qasar) semua makmum platun dua meneruskan sembahyangnya bagi rakaat yang ke dua dengan tidak berniat mufaraqah, manakala imamnya pula sedia menunggu mereka dalam tahiyyat akhir.

11. Setelah semua makmum duduk tahiyyat akhir bersama-sama imam maka imam hendaklah menunggu hingga mereka habis membaca tahiyyat akhir kemudia barulah ia (imam) memberi salam dan diikuti oleh makmum.

Apabila didapati bahawa musuh tidak berada di sebelah arah qiblat dan di sana ada dinding (kubu) dan tentera Islam lebih ramai daripada musuh (tanggapan), maka untuk mendirikan sembahyang jamaah bolehlah dibuat dengan cara seperti berikut:

1. Cara berjamaah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di sebuah tempat bernama BATNA AN NAHLA riwayat Buhkari dan Muslim.

2. Di buat dua platun (kumpulan) sama banyak.

3. Tentukan tempat kawalan di sekitar tempat berjamaah (antara 20 -30 Meter).

4. Tentukan giliran platun untuk kawalan.

5. Kumpulan yang pertama sembahyang bersama-sama Imam dan kumpulan yang kedua berjaga-jaga membuat kawalan .

6. Apabila selesai sembahyang kumpulan yang pertama terus menggantikan tempat kawalan kumpulan yang ke dua manakala kumpulan yang ke dua mendirikan sembahyang berjamaah dengan imam yang sama.

7. Sembahyang yang ke dua bagi imam tersebut adalah SUNAT, ataupun boleh juga dilantik imam salah seorang dari kumpulan yang ke dua.

Sekiranya musuh berada di sebelah arah qiblat dan tentera Islam lebih ramai dari musuh (tanggapan) serta di sana tiada apa-apa perlindungan (kubu) maka cara untuk mendirikan sembahyang jamaah boleh di buat mengikut perbuatan Rasulullah di sebuah tempat bernama ‘ASFAN - Riwayat Muslim. Cara melaksanakan adalah seperti berikut:

1. Di buat dua platun (kumpulan).

2. Tentukan kumpulan untuk kawalan di setiap rakaat secara bergilir.

3. Semua platun sembahyang berjamaah secara serentak.

4. Jadikan dua saf atau lebih.

5. Apabila Imam sujud maka saf pertama hendaklah sujud bersama-sama imam dan saf ke dua berdiri (I’TIDAL) menunggu/memerhati musuh. (Rukuk Bersama).

6. Apabila imam bangkit dari sujud bersama-sama saf yang pertama maka saf yang ke dua meneruskan sembahyang nya serta mendapatkan imam pada qiam dalam rakaat yang ke dua.

7. Apabila imam sujud pada rakaat yang ke dua maka saf yang ke dua akan sujud bersama-sama imam (dibolehkan bertukar tempat). Terus melakukan perbuatan sembahyang sehingga duduk tahiyyat akhir.

8. Saf pertama akan meneruskan sembahyang sehingga duduk tahiyyat akhir dan kedua-dua saf akan memberi salam bersama-sama imam.

Bagi sembahyang tiga rakaat (Maghrib) imam terus bangun untuk meneruskan sembahyang dalam rakaat yang ke tiga di ikuti oleh semua kumpulan/saf . Bagi tujuan kawalan dalam rakaat yang ketiga mana-mana kumpulan/saf boleh membuat kawalan dan tidak perlu menukar tempat.


PERINGATAN:

1. Harus sujud bersama imam pada rakaat yang pertama bagi saf yang kedua dan membuat kawalan saf yang pertama dengan tidak berpindah tempat.

2. Dan harus pula membuat kawalan satu saf sahaja pada setiap rakaat.

3. Semasa dalam peperangan samada sudah bertempur atau bertembung dengan musuh atau di dalam keadaan yang tidak aman, maka hendaklah sembahyang dengan berbagai-bagai keadaan samada berkenderaan/berjalan kaki dan dalam keadaan mengadap qiblat atau sebaliknya. Boleh dilakukan dalam apa keadaan sekalipun.

4. Dan sah berjamaah walaupun berlainan haluan atau makmum mendahului imam.

5. Sah sembahyang walaupun berlakunya pergerakan yang melebihi tiga kali berturut-turut.

6. Ketika sembahyang harus memegang senjata yang bernajis.

7. Tidak harus berkata-kata atau berteriak dan jika berlaku demikian sembahyang wajib di qadha’.

Sembahyang ketika cemas ialah sembahyang apabila terjadi atau takut-takut terjadi bencana-bencana yang boleh membinasakan diri seperti:

1. Takut binatang buas.

2. Takut banjir atau kebakaran.

3. Takut penyamun atau perompak.

4. Semasa ambush/serang hendap.

SUAMI MITHALI



Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

- Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

- Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

- Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

- Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

- Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

- Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

- Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

- Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

- Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

- Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

- Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

- Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

- Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

- Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

- Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

- Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

- Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

- Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

- Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

- Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

- Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

- Gunakan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

- Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

- Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

- Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

- Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

- Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

- Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

- Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

- Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w. amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

- Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

- Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

- Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

- Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

- Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

- Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

- Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

- Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

- Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

- Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

- Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

- Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

- Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

- Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

- Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

- Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

- Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

- Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

- Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

9 SEBAB HATI TAK BAHAGIA



a) Pemarah
Paling
mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya
hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang
yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak
dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

PENYAKIT MANUSIA



1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA
Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Anak Soleh Idaman Ibubapa



Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.
Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.


Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.

Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul.

Kedua : Penanaman akidah didalam diri anak-anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentiasa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t.

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.

Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insan yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara.
ANDAI KATA TIDAK TERDAPAT MANA- MANA AYAT ATAU HADITH YANG MENYEBUT TENTANG ZIKRULLAH , NAMUN,TIDAK SEPATUTNYA SESEORANG HAMBA ALLAH ITU LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH SWT PEMBERI NIKMAT YANG HAKIKI PADA BILA BILA MASA PUN KERANA PADA SETIAP SAAT, KENIKMATAN DAN KURNIAAN DARIPADA ALLAH ZAT YANG MAHA SUCI BEGITU BANYAK DAN TIDAK BERKESUDAHAN SERTA TIDAK ADA BANDINGAN SEUMPAMA ITU. OLEH ITU, MENGINGATI,MENYEBUT,MENSYUKURI DAN MENGAKUI KEBAIKAN PEMBERI NIKMAT YANG SEDEMIKIAN ADALAH SUATU PERKARA YANG TERDAPAT DALAM NALURI DIRI MANUSIA ITU SENDIRI.

10 wasiat baginda

Rasulullah SAW telah mewasiatkan mengenai 10 perkara:-
1- Jangan menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar.
2- Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu, meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu.
3- Janganlah kamu meninggalkan solah fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah SWT.
4- Jangan sekali2 minum arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat.
5- Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat, kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT.
6- Jangan lari dari medan pertempuran, walaupun semua rakan kamu telah terbunuh.
7- Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak saperti taun dan sebagainya.
8- Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu
9- Jangan kamu mengelak daripada merotani anak2 sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik
10-takutkan mereka kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda, menyarankan ibu bapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur 7 tahun mendirikan solah dan merotani anak2 yang berumur 10 tahun jika mereka masih tidak mahu mendirikan solah..
Awasilah solah anak2, didiklah mereka dengan budi pekerti dan tingkahlaku yang baik.
Pukulan seorang ayah terhadap anak2nya adalah seumpama air bagi sawah.. Rasulullah SAW juga bersabda bahawa memberi peringatan kepada anak2 lebih baik daripada mensedekahkan satu saa' gandum(bersamaan lebih kurang 3kg)
Rasulullah SAW bersabda "Semuga Allah SWT merahmati seseorang yang menggantung tali cambuk di dalam rumahnya untuk memberi peringatan kepada ahli keluarganya.
Rasulullah SAW bersabda'Tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka.

sama2 kita renungi.......

27 kali ganda pahala bersolat jemaah

Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh(27) kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.

Rasulullah SAW bersabda:
Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak 25 kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian dirumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Satelah bersolah jika dia terus duduk di dalam masjud(dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.

Solat tu tiang agama

Rasulullah SAW bersabda,

'Seseorang yang meninggalkan solah sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun. Satu tahun mengandun 360 hari dan 1 hari(diakhirat) adalah persamaan dengan 1000 tahun (didunia ini)

sesiapa yang meringan-ringankan solah

ALLAH SWT akan menyeksanya dengan 15 seksaan. 5 seksaan didunia ini, 3 seksaan ketika maeninggal dunia, 3 seksaan didalam kubur dan 3 seksaan semasa di bangkitkan dari kubur. Seksaan semasa didunia ialah

1- dicabut keberkatan umurnya,ia akan cepat tua
2- dihapuskan tanda2 orang soleh daripada wajahnya
3- Allah Swt tidak maengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya
4- doanya tidak akan diangkat kelangit (doanya tidak akan diterima)
5- dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:-
1- dia akan mati dalam keadaan hina.
2- dia akan mati dalam keadaan lapar
3- dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan didunia pun tidak akan dapat maenghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika dalam kubur ialah:-
1- kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
2- api akan dinyalakan didalam kuburnya dan dia akan dibalik2kan diatas bara api siang dan malam.
3- seekor ular yang besar bernama (Ashsyuja'ul-Aqra') akan dilepaskan keatasnya. kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, "Aku (Ashsyuja 'ul_Aqra').
Aku diperintah oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solah zohor hingga 'asar, kerana meninggalkan solah asar hingga magrib kerana meninggalkan solah maghrib hingga 'isyak, kerana meninggalkan solah' isyak hingga subuh'. Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam kedalam bumi sejauh 70 puloh hasta. Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari kiamat. Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di padang mahsyar ialah:-
1- penghisabnya amat berat
2- dia dimurkai Allah SWT
3- dia akan dimasukkan ke dalam neraka.

Mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis 3 baris tulisan:
1- wahai orang yang mensia-siakan hak Allah SWT
2- wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah SWT
3- sebagaimana kamu di dunia maeansia-siakan hak Allah SWT kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah SWT

sama-sama kita renungi....

sesiapa yang meringan-ringankan solah

ALLAH SWT akan menyeksanya dengan 15 seksaan. 5 seksaan didunia ini, 3 seksaan ketika maeninggal dunia, 3 seksaan didalam kubur dan 3 seksaan semasa di bangkitkan dari kubur. Seksaan semasa didunia ialah

1- dicabut keberkatan umurnya,ia akan matu
2- dihapuskan tanda2 orang soleh daripada wajahnya
3- Allah Swt tidak maengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya
4- doanya tidak akan diangkat kelangit (doanya tidak akan diterima)
5- dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:-
1- dia akan mati dalam keadaan hina.
2- dia akan mati dalam keadaan lapar
3- dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan didunia pun tidak akan dapat maenghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika dalam kubur ialah:-
1- kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
2- api akan dinyalakan didalam kuburnya dan dia akan dibalik2kan diatas bara api siang dan malam.
3- seekor ular yang besar bernama (Ashsyuja'ul-Aqra') akan dilepaskan keatasnya. kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, "Aku (Ashsyuja 'ul_Aqra').
Aku diperintah oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solah zohor hingga 'asar, kerana meninggalkan solah asar hingga magrib kerana meninggalkan solah maghrib hingga 'isyak, kerana meninggalkan solah' isyak hingga subuh'. Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam kedalam bumi sejauh 70 puloh hasta. Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari kiamat. Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di padang mahsyar ialah:-
1- penghisabnya amat berat
2- dia dimurkai Allah SWT
3- dia akan dimasukkan ke dalam neraka.

Mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis 3 baris tulisan:
1- wahai orang yang mensia-siakan hak Allah SWT
2- wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah SWT
3- sebagaimana kamu di dunia maeansia-siakan hak Allah SWT kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah SWT

sama-sama kita renungi....