TODAY A READER, TOMORROW A LEADER.SEKALI KU DAH MENCINTAI PUTERIKU SAMPAI KE HAYATKU KU AKAN MENCINTAI DAN MENYAYANGINYA. SEKALI KU DAH MELANGKAH KU TAK AKAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI.

Friday, December 25, 2009

12 BARISAN DI AKHIRAT- DI MANAKAH KEDUDUKAN KITA


Suatu ketika Muaz bin Jabal R.A mengadap Rasulullah saw dan bertanya, ‘ Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah yang bermaksud ‘Pada hari trompet ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris (An-Naba’). Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis dan basah pakaian baginda dengan airmata. Lalu menjawab: Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.

Barisan pertama -diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah yang maha pengasih. ‘Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hidup jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan kedua -diiringi dari kubur berbentuk babi hutan, datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih, mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ketiga -diiringi dari kubur berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh degan ular dan kala jengking. Mereka adalah orang yang enggan memberi zakat. Maka inilah balasannya dan tempat mereka di neraka.

Barisan keempat -diiringi dari kubur dengan air pancutan keluar dari mulut mereka . mereka adalah orang yang berdusta di dalam berjual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

Barisan kelima -diiring dari kubur dengan bau lebih busuk dari bangkai. Ketika itu Allah swt menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di padang mahsyar. Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula berasa takut kepada Allah swt. Maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

Barisan keenam -diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ketujuh -diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah. Mereka adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan kelapan -diiring dari kubur dalam keadaan terbalik kepala ke bawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yang berzina, maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali mereka adalah neraka

Barisan kesembilan -diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan berwarna biru sementara perut mereka penuh dengan api bergemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan kesepuluh -diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan kesebelas -diiring dari kubur mereka dengan keadaan buta mata, kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan kedua belas -mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi allah yang maha pengasih memaklumkan. Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia dalam keadaan sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan , kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih.

No comments:

Post a Comment