TODAY A READER, TOMORROW A LEADER.SEKALI KU DAH MENCINTAI PUTERIKU SAMPAI KE HAYATKU KU AKAN MENCINTAI DAN MENYAYANGINYA. SEKALI KU DAH MELANGKAH KU TAK AKAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI.

Wednesday, January 13, 2010

Bacalah Dengan Nama Tuhan Mu 1

ahalimf menulis - "Asas dalam pendidikan ialah merujuk kepada ayat Al-Quran yang pertama diturunkan Tuhan iaitu Iqra'….atau maksudnya ialah Bacalah dgn nama Tuhanmu yang menciptakan. Apa yang Tuhan maksudkan dari ayat ini? Ada dua tuntutan daripada ayat ini. Pertama, Bacalah! Di sini Tuhan menyuruh kita membaca. Dalam ertikata lain, Tuhan memberitahu agar kita menuntut ilmu. Sebab perkataan bacalah itu juga membawa maksud tuntutlah ilmu. Juga membawa maksud persiapkanlah akalmu untuk menerima ilmu.

Kedua, Tuhan sambung lagi, dengan nama Tuhanmu..Tuhan tak hentikan setakat bacalah. Tetapi Tuhan sambung lagi menjadikan ia bacalah dengan nama Tuhanmu. Apa kehendak Tuhan di sini? Tuhan memberitahu agar kita menuntut ilmu tetapi dalam menuntut ilmu, Tuhan tidak boleh dikesampingkan. Tuhan tidak boleh dipinggirkan. Kena terhubung dengan Tuhan dalam proses kita menuntut ilmu.
Kesimpulan dari ayat ini, Tuhan mengajar kita erti pendidikan. Dalam proses kita menuntut ilmu dan mendidik diri atau keluarga, kenalah kita mempersiapkan akal untuk menerima ilmu dan hubungkan ia dgn Tuhan. Justeru apa yang kita faham dari ayat ini ialah:
1. Apa? Apa yang kita hendak isikan akal kita. Ilmu apa? Bila dikaitkan dgn ilmu, kenalah belajar ilmu mengenal Tuhan dahulu. Awaluddin makrifatullah atau awal-awal agama mengenal Allah. Apa yang dahulu, perlu didahulukan. Ilmu fardhu ain, fardhu kifayah seterusnya yang sunat. Ilmu dunia juga tidak boleh diketepikan tetapi kena tahu prioriti. Kena juga pastikan ilmu ini dikaitkan dgn Tuhan.
2.Siapa? Siapa yang mengajar. Bila dikaitkan dgn Tuhan, tak boleh sebarang orang mengajar kita dgn ilmu. Guru kenalah jadi role-model. Guru kenalah lebih baik daripada murid sebab Guru itu adalah contoh kepada murid. Walau belajar agama sekalipun, tetapi kalau guru tidak mengamalkan ilmunya, ilmu tidak berkat dan tak memberi bekas kepada peribadi murid.
3. Bagaimana? Cara mana kita belajar kenalah ikut syariat. Ikut kaedah Islam. Tak boleh ikut kaedah sekular. Ada juga setengah orang belajar agama, tetapi metod atau sistem belajar ikut sekular. Jadi kita kena pastikan sistem belajar kita menepati kehendak Tuhan.
4. Untuk Apa? Niat kena betul. Tak boleh kita atau anak kita belajar dikeranakan dunia. Sebab nak makan gaji bila besar, atau tujuan jawatan, glamour, untuk dapat nama dan sebagainya. Tetapi niat kena dibetulkan supaya belajar kerana Tuhan, untuk cari keredhaan Tuhan dan memperjuangkan agama Tuhan.
Begitulah hendaknya asas kepada proses pendidikan kita

No comments:

Post a Comment